Thursday 6 September 2012

MUSIM HAJI TIBA LAGI 1433H

Assalamualaikum buat pembaca blog digitaltasbih. Selawat dan Salam buat Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW.
Bersyukur kerana kita telah dapat menyempurnakan ibadah puasa dan seterusnya merayakan Hari Raya Aidilfitri, Alhamdulillah. Taqabballahuminna Waminkum (semoga ALLAH menerima amalan kami dan kamu!)
Sempena kedatangan bulan Zulhijjah ini, seramai 28,000 bakal jemaah haji dari negara kita akan berangkat menunaikan haji di Baitulah Al-Haram dan juga berziarah ke Madinah. Masih teringat-ingat lagi segala kenangan kami tatkala menjejakan kaki di kedua-dua bumi Haram Madinah Al-Munawarrah dan Makatul Mukarammah pada 1431H yang lalu..
Pastinya kini bakal-bakal jemaah haji, kemungkinan ibu dan ayah kita, atau saudara mara kita sedang sibuk menyediakan segala kelengakapan ibadah haji seperti kain ihram, telekung, stokin, tali pinggang haji dan sebagainya. Kebiasaannya apabila kita menziarahi saudara-mara, sahabat-handai atau jiran taulan yang hendak menunaikan haji, kita akan menghulurkan sedikit sumbangan.
Sumbangan itu pula dalam berbagai-bagai bentuk. Ada yang memberikan wang tunai, ada pula yang menghadiahkan barangan. Bagi yang menyumbangkan barangan, pastikan ianya sesuai digunakan atau dimanafaatkan oleh bakal jemaah itu ketika di tanah suci.
Justeru kami ingin mempelawa saudara saudari pembaca blog digitaltasbih ini untuk menghadiahkan digital tasbih keluaran syarikat kami ini untuk kegunaan mereka di sana. Digital tasbih ini boleh digunakan untuk mengira pusingan tawaf, pusingan saie dan juga untuk berzikir pada waktu terluang.
Digital tasbih kami didatangkan dengan 4 warna pilihan terkini iaitu merah, putih, biru dan hitam. Harganya adalah sangat berpatutan iaitu RM15.00 sahaja bagi 1 unit. Jadi, segeralah dapatkan dari agen-agen kami yang sah atau hubungi kami terus di email yang diberikan.
Semoga usaha yang sedikit ini mendapat ganjaran yang besar dari ALLAH SWT!