Thursday, 24 March 2011

DIGITAL FINGER TALLY COUNTER/TASBEH FINGER COUNTER

Assalamualaikum semua..


Bersyukur ke hadrat ALLAH SWT yang telah memberikan saya ilham untuk membawa produk ini ke Malaysia. Saya dan suami mendapat idea ini sewaktu kami pergi menunaikan ibadah haji 1431H yang lalu.


Sewaktu tawaf, kami mengggunakan tally counter yang konvensional, analog dan size yang agak besar.(lihat gambar di bawah) untuk mengira pusingan tawaf dan kiraan ulang alik saie. Kami juga menggunakannya untuk berzikir apabila masa terluang. Masaalahnya, dengan saiz yang besar dan bunyi agak kuat apabila ditekan, menyebabkan kami rasa tak sedap hati apabila menggunakannya, bimbang takut kalau-kalau mengundang riak dihati dan menolak fitnah orang sekeliling, kami cuba mencari-cari apakah ada sesuatu yang boleh menggantikan alat ini tetapi dalam masa yang sama mempunyai fungsi seperti yang kami kehendaki.








Alhamdulillah, kami telah menemui  tasbih digital di salah satu bazaar yang terdapat disana. Kami membelinya dan sejak hari itu menggunakannya. Ikhlas kata, sejak tasbih digital dijari, hati ini selalu berzikir mengingati-NYA. Alhamdulillah.. jadi, disini kami ingin berkongsi rasa dan ketenangan hati (InsyaALLAH) bersama saudara-saudari sekelian untuk memiliki tasbih digital ini. Selain boleh dipakai sendiri, tasbih digital ini boleh juga dibuat hadiah kepada sanak saudara, ibubapa, para hafiz/hafizah, imam, ustaz. Moga pahala berpanjangan selagi ianya digunakan, InsyaALLAH!

Harganya sangat berpatutan iaitu RM15.00 sahaja. Dan saya percaya yang terendah dipasaran kini- jika adapun! :-) 





Di antara ciri-cirinya ialah: 

1.  Skop kaunter: 0- 99999

2.  PVC Strap

3. Warna pilihan: silver, kuning, hijau dan biru

4. Butang OFF/ON:  ada 2 butang, kecik dan besar, butang besar untuk mengira, dan butang kecil untuk reset.

5. Senang diguna dan dibawa. Selain dari dibuat tasbih, boleh digunakan untuk mengira stock dan aktiviti latihan fizikal. 

6. 1 jam simpanan memori. Bateri boleh ditukar dikedai bateri.

7. Hi-teknologi CPU

Cara Penggunaan:

  1. Lingkaran boleh dikecil atau dibesarkan menggunakan buckle.
  2. Boleh dipakai dimana-mana jari mengikut keselesaan dan menggunakan ibu jari untuk menekan.
  3. Tekan Butang Besar untuk memulakan kiraan. Tekan sekali lagi Butang Besar (sekali tekan) untuk ke nombor berikutnya.
  4.  Kiraan dari 0-9999. Butang reset untuk kembali ke 0
  5. LCD display akan terpadam apabila tidak digunakan. Apabila ditekan kembali nombor yang terakhir akan dipamerkan. Bateri tahan 12 bulan dengan penggunaan berterusan.
  6.  Jika kehabisan bateri, boleh ditukar dikedai jam. (Menggunakan bateri jenis bulat)
  7.  Penggunaan kali pertama berkemungkinan kurang dari 12 bulan kerana diambilkira dari waktu pemasangan dikilang.
  8.  Tidak water resistant. Dikehendaki membuka apabila mengambil wudhu atau mencuci tangan.
  9. Penggunaan yang senyap dan boleh digunakan untuk apa jua aktiviti.
* Kami menawarkan 2 minggu warranty melibatkan kerosakan kecuali produk ini disalahgunakan. Sila hubungi kami sebelum memulangkannya.

Kami juga mengalu-alukan agen untuk memasarkan produk ini. Jika berminat, boleh hubungi kami di 012-2927032 atau 03-87231024.

Sekian, wassalam.

6 comments:

  1. Assalamualaikum w.b.t,

    Pihak tuan/puan ada buka stokis kat area USJ,Subang Jaya x?

    Saya berminat utk membelinya.

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam w.b.t

    Di USJ tiada lagi, boleh cuba kalau nak. Give me a call or sms 012-2927032 utk terms n conds.

    Wassalam

    ReplyDelete
  3. sya berminat hendak beli...kalau beli byk(borong)
    boleh ke mcm mana dengan harga kalau beli borong..arizal dari bintulu sarawak...

    ReplyDelete
  4. Nak juga tambah duit nie!!! Camna dgn quantity discount? Berapa harganya?. Kalau ada backlight dan bunyi yg boleh di ON atau OFFkan serta boleh disetkan kiraan yg dikehendaki lagi best tu.

    ReplyDelete
  5. boleh emel sy harga borong x??
    izramazyanna_ithnin@yahoo.com

    ReplyDelete
  6. KAWAN-KAWAN,
    sesiapa yg berminat dengan produk :
    -Foot detox patch
    -Blackhead remover
    -Pillow speaker
    -Portable dining tray @meja mkn mudah alih dlm kete
    -Sejadah berkompas (2jenis)
    -Tasbih digital
    -Quran Digital
    -Beg Kulit utk Quran Digital

    JEMPUT2 LA REVIEW PIC DLM FB SAYA YA, MIZA 013-3044335. DETAIL INFO PRODUK & PRICE SERTA POSTAGE SAYA PM DETAIL. @ BOLE REVIEW http://giftquran4u.blogspot.com/

    ReplyDelete